Al Jazeera buruk, malukan Malaysia

0
371

BANGI: Sebuah video berbentuk dokumentari yang disiarkan agensi berita antarabangsa, Al Jazeera berkaitan penularan wabak COVID-19 di negara ini disifatkan sebagai satu percubaan untuk memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia.

Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad berkata, media bersifat selektif dan berat sebelah seperti Al Jazeera yang berasal dari Qatar tidak sepatutnya mendapat akses untuk membuat liputan di negara ini. 

“Kewartawanan yang teruk! Laporan yang tidak tepat! Memalukan @AJEnglish. 

“Media teruk seperti ini adalah salah satu sebab kekacauan di Timur Tengah!,” katanya ringkas dalam satu ciapan, hari ini.

Beliau menegaskan, kerajaan harus segera melarang Al Jazeera daripada mendapat akses media di negara ini.

“Dan kepada sesiapa sahaja yang menyokong apa yang dilakukan Al Jazeera, fikirkan semula – serahkan saja kerakyatan anda,” katanya lagi.

Terdahulu, video dengan durasi 25 minit bertajuk ‘Locked in Malaysia’s Lockdown’ yang disiarkan di YouTube itu kononnya mendakwa, Malaysia mengamalkan perintah berkurung secara kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap warga asing.

Malah, dalam dokumentari yang disiarkan dua hari lalu itu, wartawan Al Jazeera, Drew Ambrose turut mendakwa bahawa pihak berkuasa bertindak demikian atas dasar perkauman.

Sementara, salah seorang warga asing yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka dilayan dengan zalim dan kejam bak binatang.

Al Jazeera bagaimanapun menutup ruang komennya di YouTube.

Sumber: ISMAWEB , Twitterrucifle, kimmohito, yojou_no_susume, KRenjong

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here