Anak sulung mangsa maut nahas akan dijaga datuk, nenek

0
235
Gambar Hiasan

KUALA KANGSAR: Anak sulung pasangan suami isteri yang maut dalam nahas membabitkan kereta dinaiki mereka dengan sebuah pikap di Kilometer 74, Jalan Ipoh – Gerik, di sini malam kelmarin akan berada dijaga datuk dan neneknya yang menetap di FELDA Trolak Timur, Trolak.

Mohd Helmi Arifin, 45, abang Nurul Huda Arifin, 31, yang maut berkata, anak sulung arwah adiknya itu, Ammar Aiman Abdul Hakim, 4, dipindahkan malam tadi ke Hospital Slim River (HSR) dari Hospital Kuala Kangsar (HKK).

Selain Nurul Huda dan suami, Abdul Hakim Hashim, 32, turut maut dalam kemalangan itu adalah anak bongsu mereka, Adib Aidan Abdul Hakim yang berusia dua tahun justeru menjadikan Ammar Aiman kini yatim piatu.

Mohd Helmi berkata, Ammar Aiman kini stabil walaupun difahamkan hidungnya patah.

“Setakat ini doktor belum memberitahu bila Ammar Aiman boleh keluar HSR walaupun semalam doktor membenarkan dia dibawa ke Gerik menghadiri pengebumian kedua ibu bapa dan adiknya yang terkorban dalam nahas itu.

“Dia baru empat tahun, jadi dia kelihatan seperti tidak berapa memahami realiti yang berlaku. Namun semalam kami membenarkan dia melihat wajah ayah, ibu serta adiknya buat kali terakhir sebelum pengebumian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jenazah ketiga-tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Panas, Gerik sebelum Ammar Aiman dipindahkaan ke HSR jam 11 malam tadi.

Semalam, media melaporkan tiga beranak itu maut apabila Toyota Vios yang mereka bertembung pikap Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 33 tahun yang didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine selain mempunyai 27 rekod saman lampau serta empat saman yang belum dijelaskan berkaitan pelbagai kesalahan trafik.

Nurul Huda yang sedang mengandung lima bulan bekerja sebagai penolong jurutera di Institut Pertanian Titi Gantong, Bota, maut di tempat kejadian manakala suaminya, Abdul Hakim yang bekerja sebagai jurutera Majlis Perbandaran Manjung serta anak bongsu mereka, Adib Aidan meninggal dunia sewaktu dirawat di HKK.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here