Anggota tentera maut kemalangan

0
2150

KUCHING: Seorang anggota tentera maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang motosikal rakannya di Jalan Keruing, di sini, ketika balik berkonvoi dari Pasir Pandak malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, mangsa Muhamad Amirul Firdaus Che Bashah, 24, dari Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata ketika kejadian anggota terbabit bersama beberapa rakan lain bergerak secara konvoi.

“Setibanya di selekoh di Jalan Keruing, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha RXZ melanggar belakang motosikal rakannya yang menunggang motosikal Yamaha Y15 bergerak dari arah sama lalu terbabas.

“Mereka dalam perjalanan pulang dari Pasir Pandak menuju ke Kem TUDM Kota Samarahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala seorang lagi mangsa yang cedera dirawat di HUS dalam keadaan stabil.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital HUS untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here