CHUKAI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas dua bot nelayan Vietnam kerana menangkap ikan di perairan negara, semalam.
Pengarah Maritim Pengkalan Kemaman, Lt Komander Maritim, Muhamad Rezal Kamal Bashah, berkata bot menggunakan nombor pendaftaran palsu itu ditahan ketika menangkap ikan menggunakan kaedah tunda ganding, 119 batu nautika dari Kuala Kemaman, Kemaman.
Selain bot, katanya, sejumlah satu tan ikan baja, satu tan ikan campur serta 115 kilogram sotong kering bersama-sama alatan menangkap ikan turut dirampas dengan nilai keseluruhan bernilai RM1.5 juta
Dalam rondaan semalam, beliau berkata, krew bot terbabit bertindak memotong pukat dan melarikan diri sebaik saja melihat bot APMM.
(2pm, 16 Jun) APMM cuba hentikan & tahan bot nelayan Vietnam yg ceroboh perairan Malaysia di Laut China Selatan. Kemudian datang kapal Penguatkuasa Maritim Vietnam cuba halang APMM dari tahan bot nelayan tersebut. Akhirnya mereka akur utk segera beredar keluar dari perairan kita. pic.twitter.com/1c4kfhLCTG
— MyWatch (@My_CrimeWatch) June 18, 2020
“Anggota penguatkuasa kemudian berjaya memintas kedua-dua bot terbabit sebelum menahan dua tekong dan 23 awak-awak warga Vietnam berusia antara 15 hingga 43 tahun.
“Pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit tidak memiliki permit menangkap ikan sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan semua nelayan terbabit juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya pada sidang media di Pangkalan Maritim Kemaman di sini, hari ini.
Beliau berkata, semua tahanan dan bot dibawa ke Pangkalan Maritim Kemaman untuk siasatan mengikut Akta Perikanan 1985.
Muhamad Rezal berkata, sejak Januari hingga bulan ini, APMM Terengganu melakukan 18 tangkapan membabitkan 31 bot nelayan asing dan tempatan atas pelbagai kesalahan.
infected