Banduan Marang meraih untung sebanyak RM17,000 sebulan

0
722

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

MARANG: Penghuni Penjara Marang mampu meraih pendapatan lebih RM17,000 sebulan hasil penternakan ikan keli yang dibuat menerusi kursus kemahiran disediakan di penjara itu.

Program itu diadakan bagi memastikan penghuni yang tamat menjalani hukuman mampu berdikari selepas dibebaskan sekali gus terhindar daripada terjebak dengan jenayah.

Pengarah Penjara Marang, Penolong Kanan Komisioner, Wan Sani Ab Latiff, berkata seramai 15 penghuni menjalani latihan penternakan ikan keli di penjara itu secara bergilir dalam tempoh enam bulan.

“Kursus kemahiran menternak ikan keli dibuat di bawah Skim Latihan Dual Nasional (SLDN), Jabatan Pembangunan Kemahiran.

“Kami bermula dengan empat kolam sahaja pada 2017 dan sekarang mempunyai 20 kolam dengan jumlah ternakan keseluruhan sebanyak 60,000 ikan keli pada satu masa.

“Sebahagian besar ikan keli itu dijual kepada pembekal makanan Penjara Marang dan Penjara Koreksional Dungun di Bukit Besi,” katanya.

Wan Sani berkata, lebihan daripada bekalan ikan itu dijual kepada kakitangan penjara dengan harga RM7 sekilogram tetapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) harga ditawarkan serendah RM4.50 sekilogram.

Katanya, kegiatan penternakan ikan keli itu diselia kakitangan penjara yang mempunyai pertauliahan khas dalam kegiatan penternakan ikan itu.

“Tujuan kami ialah untuk memastikan penghuni yang mengikuti kursus penternakan itu boleh memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk berdikari apabila dibebaskan nanti.

“Apabila bekas penghuni itu mempunyai kemahiran, mereka boleh menjalankan pekerjaan mengikut kemahiran masing-masing seterusnya tidak lagi terjebak dengan dadah, kes kecurian atau rompakan,” katanya.

Tambahnya, kegiatan penternakan ikan keli di penjara itu semakin berkembang dengan perolehan keuntungan yang besar.

“Kami bertuah kerana banyak pihak yang membantu dan memberi sumbangan dalam menjayakan projek ikan keli itu.

“Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan antara penyumbang utama makanan untuk ikan keli yang diternak iaitu sejak 2017.

“Terbaru, MAQIS menyerahkan sebanyak 4.7 tan metrik ayam beku yang dianggarkan bernilai RM46,000 untuk dijadikan makanan ikan keli yang diternak itu,” katanya.

Sementara itu, Midi, 38, (bukan nama sebenar) dari Setiu berkata, dia menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun dan 10 sebatan di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak Januari 2018.

“Saya berasa seronok menjalani latihan dan menguruskan kolam penternakan ikan keli itu.

“Segala ilmu yang dipelajari melalui kursus penternakan itu boleh dimanfaatkan apabila dibebaskan nanti,” katanya.

Izat, 25, (bukan nama sebenar) dari Kemaman berkata, aktiviti penternakan ikan keli dijalankan bukan sahaja memberi ilmu dan kemahiran tetapi dapat menghilangkan tekanan.

“Apabila sibuk dengan aktiviti penternakan itu, saya tiada masa untuk berfikir pekara yang bukan-bukan dan mengalami tekanan.

“Tempoh hukuman 10 tahun di penjara boleh dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah,” katanya yang menjalani hukuman dibawah Seksyen 39 B Akta Dadah Dadah Berbahaya 1952 sejak 2017.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here