Bayaran RM500 untuk pesara, bekas polis penerima PJPN, petugas zaman darurat

0
244

KUALA LUMPUR: Bayaran ‘one off’ RM500 yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 akan disalurkan kepada pesara dan bekas polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat.

Bayaran dijangka dibuat dari Mac hingga November depan itu akan diselaraskan oleh Jabatan Pengurusan, Bukit Aman kepada kepada mereka yang layak mengikut status PJPN, termasuk yang belum menerima pingat.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukitr Aman, Datuk Ramli Din, sebelum ini berkata, pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan dan perlu disahkan seperti disyaratkan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7, Tahun 2018.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan talian 03-22664011/4012/4013/4015 dan Bilik Gerakan ePesara PDRM yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari bekerja.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here