Bayi bertali pusat ditemui di depan rumah

0
36

JOHOR BAHRU: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Taman Johor, Skudai, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam pada jam 7.30 pagi.

Katanya bayi itu diletakkan di atas lantai luar pagar di hadapan rumah berkenaan dengan hanya beralaskan kain dan kertas.

“Ketika dijumpai, bayi yang dipakaikan baju hijau putih bercorak kartun dalam keadaan sihat dengan dan tali pusat masih mempunyai klip putih.

“Bayi itu kini berada di Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk pemeriksaan kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang bayi terbabit diminta menghubungi Balai Polis terdekat atau IPD JBU ditalian 075562222,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here