Bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan ditahan SPRM

0
96

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Mat Sabu ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lewat petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Menurut sumber, penahanan lelaki berusia 49 tahun tersebut bagi membantu siasatan berhubung penerimaan wang rasuah bagi membolehkan sebuah syarikat memperolehi satu projek secara runding terus bernilai RM56 juta di Kementerian Pertahanan semasa beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan sebelum ini.

Jelas sumber, kes ini adalah kes terbaru dan tiada kena mengena dengan isu bankrupsi dan pembayaran hutang yang disiasat pada tahun 2018 lalu.

Beliau telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan perintah reman di hadapan Majistret Shah Wira Abd Halim selama 6 hari sehingga 13 Julai 2020.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda lima kali nilai suapan.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here