Belanjawan 2021: RM170 juta bagi program pendidikan awal kanak-kanak bawah KEMAS

0
28

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM170 juta diperuntukkan bagi program pendidikan awal kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata peruntukan itu antara lain bagi membiayai Bantuan Makanan Tambahan, Bantuan Per Kapita, serta penyelenggaraan dan pembaikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

Bagi meringankan kos sara hidup kumpulan B40 bandar terutama ibu bapa yang bekerja, beliau berkata, kerajaan akan menyediakan Pusat Komuniti sebagai tempat jagaan untuk anak selepas tamat sesi persekolahan.

“Dengan peruntukan RM20 juta, Pusat Komuniti dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turut dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini dan program bimbingan mentor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here