BERSATU bincang isu kerjasama dengan UMNO hari ini

0
197

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU tiba pada jam 4.20 petang tadi sebelum mesyuarat bermula jam 4.30 petang.

Mesyuarat yang berlangsung di sebuah hotel itu adalah bagi membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan UMNO yang juga rakan kerjasamanya di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia susulan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Yang turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden, Datuk Seri Ronald Kiandee; Datuk Radzi Jidin serta Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Selain itu, Ketua Penerangan, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun turut hadir.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here