Home Blog Page 431

[VIDEO] Gadis TikTok Tanggung Malu, Aksi ‘Gila’ Masukkan Harmonika Dalam Mulut Akhirnya Bawa Padah!

0

Sejak kebelakangan ini, aplikasi TikTok dilihat semakin popular dalam kalangan penduduk seluruh dunia tanpa mengira jantina dan peringkat umur. Mereka menjadikan aplikasi ini sebagai satu platform untuk berkongsi video pendek yang kreatif buat tontonan ramai.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang pengguna TikTok yang berasal dari Kanada terpaksa menanggung kesakitan selepas dia cuba merakam aksi luar biasa dengan memasukkan harmonika ke dalam mulutnya.

Harmonika tersekat

Menerusi laporan Daily Mail, mangsa yang dikenali dengan nama Mollie O’Brien dikatakan sengaja melakukan aksi itu untuk menghiburkan anak buahnya. Tetapi lain pula yang jadinya apabila harmonika yang dimasukkan ke dalam mulut gadis ini tersekat dan tidak dapat dikeluarkan.

Ibunya yang menyedari kejadian ini segera membawa anaknya itu ke hospital dan berjumpa dengan doktor gigi untuk mengeluarkan alat tersebut dari mulutnya.

‘Saya sangat menyesal’

Tambah Mollie lagi, walaupun video tersebut dianggap ‘melucukan’ tetapi baginya dia langsung tidak teruja dengan perbuatan tersebut. Dalam pada itu, gadis ini turut mengakui dia amat menyesal dengan tindakan ‘tidak masuk akal’ itu.

Saya hanya melakukan perkara yang buruk, saya menyesal apa yang saya lakukan dan pastinya anda tertanya-tanya apa yang berlaku. Baiklah, saya memasukkan seluruh harmonika dalam mulut dan ia tersekat sekarang.

Menurut sumber, gadis ini juga dikatakan tidak boleh bercakap dan hanya menggunakan video beserta kapsyen untuk menggambarkan keadaannya.

Sumber: Oh Media!YoutubeDaily Mail

infected

Bali Pula Dilanda Wabak Misteri Selepas 1,000 Ekor Khinzir Mati

0

Selepas kecoh satu dunia tentang wabak misteri yang menular iaitu koronavirus sudah pasti banyak langkah berjaga-jaga yang telah di ambil oleh pelbagai pihak untuk memastikan wabak ini terkawal. Ahli saintis juga sedang sibuk menghasilkan vaksin untuk virus itu.

Tapi, belum habis lagi cerita mengenai koronavirus, kini Bali, Indonesia pula telah berlaku satu kekecohan apabila lebih 1,000 ekor khinzir di kawasan itu telah mati tanpa diketahui puncanya. Menurut sumber yang Ohmedia baca, misteri ini berlaku berkemungkinan berkait dengan satu wabak yang sedang tular iaitu Demam Babi Afrika.

Bilangan purata yang dilaporkan hampir 50,000 khinzir telah mati di seluruh kawasan Sumatera. Beberapa sampel darah khinzir ni telah diambil untuk dibuat penyelidikan untuk memastikan punca kematian. Walaupun telah divaksin, tidak mustahil khinzir-khinzir itu akan terkena wabak Demam Babi Afrika.

Rata-ratanya penternak telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang wabak ini terus menjangkiti ternakan mereka.

Sumber: Oh! Media, Astro Awani

infected

Kena saman angkara Ronaldo

0

MAHKAMAH Korea Selatan mengarahkan penganjur membayar ganti rugi kepada dua peminat bola sepak selepas Cristiano Ronaldo tidak tampil dalam aksi persahabatan bersama Juventus seperti yang dipromosi dalam iklan.

Peminat diwarwarkan penyerang Portugal itu akan beraksi selama 45 minit menentang skuad K-League All Star pada Julai lalu tetapi tidak menjadi kenyataan.

Penganjur, The Fasta diarahkan membayar 371,000 won (£240 bersamaan RM1200) kepada dua peminat semalam.

Ganti rugi itu termasuk 300,000 won (£194) untuk penderaan mental, menurut peguam, Kim Min-ki.

GELAGAT peminat Korea bersama patung Ronaldo. FOTO Agensi

Kim yang memfailkan saman berkata, “The Fasta mengelirukan peminat Cristiano Ronaldo dan menggunakan mereka untuk kepentingan sendiri.

“Kepada penyokong Ronaldo, ia seperti mereka kehilangan pemain yang menjadi idola dalam kehidupan.”

Kim turut memberitahu wartawan dia mewakili 87 plaintif lain dalam kes lain membabitkan perlawanan itu yang berakhir seri 3-3.

Sejumlah 65,000 tiket perlawanan laris dalam tempoh tiga minit dengan Ronaldo yang berusia 34 tahun menjadi tarikan utama dalam promosi perlawanan.

Penyokong mula ‘mengamuk’ apabila Ronaldo tidak menunjukkan sebarang petanda masuk sebagai pemain gantian dan menjerit nama pesaingnya, Lionel Messi sebagai melepaskan geram.

Badan bola sepak profesional Korea Selatan, K League turut menghantar notis bantahan kepada Juventus kerana memungkiri kontrak dan The Fasta juga gagal dihubungi untuk maklum balas.

Sumber : Harian Metro

infected

Bas sekolah dirempuh lori, murid selamat

0

SERIAN : Dua puluh murid sekolah rendah menempuh detik cemas apabila bas yang mereka naiki dirempuh sebuah lori di simpang Simunjan, berdekatan Kampung Jerok Telagus, di sini, hari ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, bas berkenaan dalam perjalanan menghantar murid berusia antara tujuh hingga 11 tahun ke sekolah berdekatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, setibanya di lokasi, sebuah lori yang sarat dengan muatan baja tiba-tiba merempuh bahagian belakang bas berkenaan.

“Rempuhan kuat menyebabkan bas sekolah itu terbabas ke tepi jalan namun semua penumpang dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika bomba tiba di lokasi kejadian, dua lelaki iaitu kelindan lori berkenaan terperangkap di dalam kenderaan manakala pemandunya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, anggota bomba bertindak mengeluarkan dua mangsa dengan menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkannya kepada pihak perubatan.

“Pemandu lori yang mengalami cedera di kaki kanan dan seorang kelindan yang patah kaki kiri dibawa ke Hospital Serian,” katanya.

Bomba katanya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.07 pagi dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dikejarkan ke tempat kejadian.

Sumber: Berita Harian

infected

Adik Bekas Juara Mentor Mati Ditikam, Teman Lelaki Ditemui Muntah Darah Minum Racun

0

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan juara mentor keenam, Puteri Caroline yang pernah menerpa nama dalam industri seni tanah air tempatan sekitar tahun 2012. Kini nama Puteri Caroline yang juga merupakan protege kepada ratu rock Malaysia, Ella sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas adiknya, Lady Caccabella dipercayai telah meninggal dunia akibat ditikam oleh teman lelakinya sendiri.

Dipercayai ditikam teman lelaki

Menerusi laporan Sinar Harian, mayat mangsa ditemui rakannya dalam keadaan terbaring di atas katil dengan terdapat kesan tikaman pada perutnya. Rakan mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung dengan kejadian tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail dalam satu kenyataan media berkata, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan tersebut.

Tambahnya lagi, setibanya di lokasi kejadian mereka membuat pemeriksaan di seluruh rumah mangsa dan apa yang paling tidak disangka-sangka mereka menemui seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki mangsa berada dalam keadaan kesakitan. Individu tersebut dipercayai cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai sehingga dia mengalami sesak nafas dan muntah darah.

Lelaki terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan dia kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan masih dirawat di Zon Merah.

Posting daripada kakak mangsa

Ya Allah.. Permudakanlah segalanya.. Amin..

Posted by Puteri Caroline on Monday, 3 February 2020

Susulan daripada kejadian ini, Berita Harian turut melaporkan bahawa suspek yang berusia 43 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Suspek walau bagaimanapun akan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-3767390 dan Asisten Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly di talian 017-2446363.

Sumber: Sinar HarianBerita HarianPuteri CarolineMohd Redzuan Abdul Manap, Oh Bulan!

infected

Simpan senapang ‘makan’ bini

0

GURU Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Taiping cedera di lengan kiri akibat terkena tembakan daripada senapang Rifle tiruan milik suaminya, semalam.

Susulan itu, polis menahan suami wanita itu berusia 40-an dan merampas senjata berkenaan di kediamannya di Taman Desa Murni, Kamunting pada 1 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, polis dimaklumkan kejadian itu oleh pihak hospital yang merawat mangsa berusia 30-an.

Katanya, mangsa secara tidak sengaja terkena peluru senjata buatan Taiwan itu ketika suaminya sedang membersihkannya.

“Sejurus dimaklumkan, suspek ditahan dan pemeriksaan lanjut di rumah itu menemui tiga senjata api tiruan iaitu pistol Pietro Gardone V.T buatan Italy; pistol Glock Inc Smyra GA buatan Austria dan Rifle WE918 Full Auto and Semi buatan Taiwan.

“Turut ditemui pelbagai aksesori senjata api termasuk ‘silencer’,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, hari ini.

Osman berkata, dalam soal siasat, suspek mengaku mengaku obses mengumpul senjata tiruan sejak dua tahun lalu dan semuanya dibeli secara dalam talian.

Katanya, difahamkan, suspek juga merancang untuk membeli selaras lagi senapang jenis M16 yang dikatakan berharga RM18,000.

“Suspek adalah kapten kapal swasta berpangkalan di Terengganu dan dalam tempoh bercuti.

“Kita masih menyiasat motif utama dia mengumpul senjata api itu walaupun setakat ini dia mengaku ia hobinya,” katanya.

Lelaki itu ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 36 dan 37 Akta Senjata 1960.

Sumber: Harian Metro

infected

Misbun dilantik pengarah pembangunan remaja

0

Bekas jaguh badminton negara Misbun Sidek dilantik sebagai pengarah pembangunan remaja kebangsaan.

Pelantikan itu diumumkan Persatuan Badminton Malaysia di media sosial, hari ini.

Presiden BAM Mohamad Norza Zakarian berkata, Misbun diberi tempoh dua bulan untuk mengemukakan cadangan berkenaan struktur baru yang diperlukannya untuk program skuad remaja negara.

“Kami memberikan beliau mandat untuk membuat penilaian mengenai struktur yang ada ketika ini dan selepas tempoh itu beliau akan cadangkan struktur baharu bagi program pemain remaja.

“Selepas itu, baru kami akan tetapkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada Misbun dan pasukannya,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Norza turut memaklumkan tempat Misbun sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki akan diambil alih jurutalih dari Indonesia, Hendrawan.

Mengulas pelantikan itu, Misbun menyifatkan ia sebagai cabaran baru dan berat untuknya dan memerlukan satu atau dua bulan untuk melihat masalah yang ada.

“Mungkin dari aspek modul, teknikal atau jurulatih. Jadi, saya perlu masa sedikit sebelum membuat keputusan mengenai struktur baharu yang akan diketengahkan,” katanya seperti dipetik.

Pelantikan Misbun itu disambut baik oleh sejumlah pengguna media sosial, yang turut mengingatkan agar BAM memberi sepenuhnya ruang kepadanya untuk mengemudi program itu.

Tentang perkara itu, BAM berkata pihaknya memang berhasrat berbuat demikian.

“Itulah dalam fikiran kami, dengan Misbun sebagai ketua. Beliau orang yang dihormati dan akan mampu menerapkan disiplin (kepada pemain) di usia muda,” kata persatuan itu kepada seorang pengguna Facebook.

Memenangi kejuaraan antarabangsa pertama ketika kejohanan Terbuka Jerman pada 1981, Misbun merupakan antara pemain perseorangan utama negara sehinggalah menggantung raket pada 1989.

Beliau menjadi jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan sejak 2003 hingga 2010. Beliau kembali memegang jawatan itu pada 2017 sehinggalah dilantik mengetuai program pembangunan remaja, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Misbun atas perlantikan itu.

“Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Misbun Sidek atas pelantikan sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan. Satu tanggungjawab besar untuk negara,” ciapnya di Twitter.

Sumber: Malaysia Kini

infected

JKNJ nafi kes koronavirus di Desa Tebrau

0

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) pada Selasa menafikan kenyataan dan video yang mendakwa 2019 novel koronavirus sudah tersebar di kawasan Desa Tebrau, dekat sini.

Dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya, JKNJ berkata satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kenyataan dan video yang didapati tular di media sosial sejak awal pagi Selasa.

“Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Orang awam diminta tidak menyebarkan viral yang tidak sahih ini kerana ia akan menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga diingatkan penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya.

Sebuah video berdurasi 11 saat menunjukkan dua orang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) sedang mengiringi seorang lelaki masuk ke dalam ambulans dengan kenyataan “Corona virus dah mendekati kawasan Desa Tebrau” didapati tular di media sosial serta aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Sumber: Astro Awani , BERNAMA


infected

‘Kalau ubah fitrah diberi tuhan, nak cakap hak asasi apa?’

0

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan individu yang melanggar sendiri fitrah ciptaan Tuhan pada dirinya tidak wajar bercakap mengenai hak asasi mempertahankan apa yang dilakukan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kontroversi membabitkan usahawan kosmetik Nur Sajat semasa mengerjakan umrah di Mekah.

Kunjungan Nur Sajat – atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman – ke Tanah Suci mendapat perhatian, sekali gus mengundang kemarahan ramai, apabila dia berpakaian seumpama perempuan.

Kata Mohamad Shukri, seseorang itu memang sudah diberikan hak asasinya sendiri oleh Tuhan.

“Jadi, kalau dia sendiri sudah ubah fitrah – iaitu hak asasi yang diberi sendiri oleh Tuhan – apa yang dia nak bercakap soal hak asasinya?

“Kalau dia berkelakuan tidak mengikuti fitrah, kalau lelaki nak jadi perempuan mahupun perempuan nak jadi lelaki, itu dah tak berhak dapat hak asasi (untuk mempertahankan tindakannya),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, tindakan Nur Sajat itu mengundang kecaman pelbagai pihak, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof yang menyifatkan tindakannya itu sebagai mencemarkan imej Islam.

Wajib patuhi peraturan

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipetik Bernama pula berkata tindakan Nur Sajat mengenakan pakaian menyerupai wanita itu adalah salah di sisi agama.

Bagaimanapun, sebuah kumpulan NGO hak wanita, Justice For Islam, menyelar tindakan Mujahid mahu mengambil tindakan ke atas Nur Sajat dan menyifatkan perkara itu hanya akan membawa risiko buruk kepada usahawan itu.

Jelasnya lagi cara pemakaian transgender ialah satu bentuk jenayah di Arab Saudi dan golongan itu bakal berdepan cabaran ketika berada di negara terbabit.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri menambah setiap negara mempunyai peraturan sendiri dan semua pihak yang menziarahi negara terbabit wajib mematuhinya.

“Memang pun mana-mana negara ada peraturan kalau kita pergi kena patuhlah, perlu ada disiplin. Kalau lelaki disiplin secara lelaki, kalau tukar pakaian jadi wanita, kita sudah langgar disiplin.

“Negara orang ada peraturan dan undang-undang, kalau di Saudi orang lelaki mesti jemaah di saf lelaki dan perempuan di saf perempuan,” katanya lagi.

Sumber: Malaysia Kini

infected

Bergelut Dengan Coronavirus, China Dilanda Wabak Selsema Burung H5N1 Pula

0

Masih bergelut dengan Coronavirus, China dilaporkan dilanda wabak terbaharu iaitu selesema burung H5N1 pula. Pengumuman itu dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Negeri semalam.

Menurut kementerian itu lagi, wabak itu berlaku di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang melibatkan 7,850 ekor ayam di mana 4,500 diantaranya telah mati akibat wabak tersebut.

Difahamkan, pihak berkuasa telah memusnahkan sekurang-kurangnya 17,828 ekor ayam berikutan wabak itu.

Setakat ini, tiada laporan yang menunjukkan wabak ini sudah mula menular kepada manusia.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata H5N1 mampu menular kepada manusia melalui hubungan dekat dengan burung yang terkena dengan wabak tersebut.

“Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah. Tidak ada bukti bahawa penyakit ini dapat disebarkan kepada orang melalui makanan yang disiapkan dengan baik dan teliti,” menurut WHO.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan peringkat antarabangsa dan lebih panik apabila jumlah kematian meningkat kepada 304 orang dicatatkan hari ini.

Sumber: Vitdaily

infected