Boleh tonton wayang, riadah kolam renang, seminar dan persidangan 1 Julai – Ismail Sabri

0
48

PUTRAJAYA, 22 Jun — Kerajaan hari ini membenarkan aktiviti menonton wayang, teater dan ‘live event’ mulai 1 Julai ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun Ismail berkata, aktiviti itu hanya dibenarkan di dewan tertutup dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, aktiviti itu tidak boleh melebihi 250 individu bagi setiap pertunjukan dan tertakluk kepada kapasiti dewan.

“SOP yang ditetapkan terutamanya jarakan sosial perlu dipatuhi pada setiap masa,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Turut dibenarkan ialah aktiviri riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar, serta kolam renang persendirian.

Selain itu, mesyuarat turut memutuskan kebenaran penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan juga bermula 1 Julai.

Sumber-Bernama

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here