Budak 3 tahun lemas tergelincir dalam longkang

0
107

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam longkang berhampiran rumahnya di FELDA Gunong Bongsu, sebelum dihanyutkan ke dalam Sungai Dingin dekat Kulim, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu mangsa, Naera Dellisha Muhammad Nazri sedang bermain bersama beberapa kanak-kanak lain sebelum terjatuh ke dalam longkang terbabit.

“Abang mangsa, Muhammad Thaqif yang berusia lapan tahun pulang ke rumah dan memaklumkan mengenai kejadian kepada bapanya, Muhammad Nazri Abu Saman, 36, adiknya terjatuh ke dalam longkang ketika bermain semasa hujan lebat.

“Bapa mangsa serta beberapa ahli keluarga lain bergegas keluar mencari mangsa. Mangsa yang jatuh ke dalam longkang dibawa arus deras ke longkang besar sebelum dihanyutkan ke dalam Sungai Dingin,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azhar berkata, mayat mangsa dijumpai orang awam jam 8 malam, kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dilaporkan tergelincir sebelum dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 7.24 malam sebelum tiba jam 7.57 malam.

“Operasi disertai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech dengan sebuah jentera serta sebuah kenderaan utiliti. Anggota melakukan pencarian di permukaan air sungai dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here