Buruh mengaku tidak bersalah cederakan ejen insurans

0
36
Gambar Hiasan

IPOH, 22 Jun — Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang ejen insurans dan melakukan rompakan di Manjung, awal bulan ini. 

Lee Kok Chin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Bagi pertuduhan pertama, Lee didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Loi Teik Wen, 23, dengan menggunakan sebilah pisau, senjata yang boleh menyebabkan kematian di sebuah premis di Jalan Marina Villa I, Marina Island, Lumut kira-kira pukul 11.30 pagi pada 7 Jun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Lee didakwa melakukan rompakan dengan membawa lari Proton BLM milik orang awam, Norziana Hussin, yang diletakkan di tempat letak kereta di hadapan sebuah bank di Sitiawan kira-kira pukul 12.15 tengah hari pada hari yang sama. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Naidatul Athirah Azman yang mengendalikan kes pertama, memohon mahkamah memberikan jaminan RM20,000, manakala TPR Liyana Zawani Mohd Radzi, bagi kes kedua, menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh.

Norashima kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 bagi pertuduhan pertama, dan RM10,000 bagi pertuduhan kedua, masing-masing dengan seorang penjamin selepas peguam bela tertuduh, Ranjit Singh Sandhu memohon mahkamah mengurangkan jaminan.

Mahkamah menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes. 

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here