Carian mangsa di perairan Thailand, Perhentian

0
68

BACHOK: Perairan Thailand dan Perhentian menjadi lokasi tumpuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa bot terbalik di perairan Kuala Kemasin, Arman Ismail, 43 dan Wadi Bakar, 44 yang masuk hari ketujuh, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, berkata SAR hari ini menggerakkan aset laut digerakkan ke kawasan yang difikirkkan lebih logik dengan memperbesarkan lagi sektor pencarian daripada keluasan 450 batu nautika kawasan pencarian, semalam.

“Melalui sistem pencarian yang kita gunakan, petunjuk ke arah Thailand, tapi kita jumpa mangsa keenam di kedudukan bearing 073 arah Perairan Perhentian,

“Cuma saya juga dimaklumkan mengikut nelayan dan pemancing, bacaan mereka juga berbeza mengikut pengalaman mereka di laut, jadi kita ambil kira semua pandangan dan menumpukan di dua kawasan perairan ini berdasarkan logik dan petunjuk yang ada kerana arus dan pergerakan laut adalah berbeza setiap masa,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Jeti Perikanan Kemasin, di sini, hari ini.

Beliau berkata, justeru itu kerjasama terus diperkukuh antara pihak SAR di sini dengan penguat kuasa Thailand dan Terengganu selain meminta nelayan atau pemancing di kawasan itu membantu mengesan dua mangsa berkenaan.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here