Ceroboh masuk Malaysia dengan bot ditahan

0
77

KANGAR: Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan polis dalam Op Benteng selepas masuk ke negara ini dengan sebuah bot nelayan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata penahanan mereka yang berusia antara 30 hingga 55 tahun itu dilakukan sejurus bot nelayan terbabit berlabuh di Pangkalan Kecil Tandop Sungai Bahru, jam 1 pagi semalam.

Beliau berkata, pihaknya menyedari kehadiran bot nelayan terbabit selepas terserempak dengan kumpulan itu ketika melakukan rondaan di sekitar kawasan itu semalam.

“Pada awalnya mereka memberi alasan ingin menangkap ikan namun pemeriksaan di dalam bot tidak menemui sebarang peralatan menangkap ikan.

“Malah hasil soal siasat awal secara berasingan ke atas mereka juga mengelirukan kerana sebahagian daripada mereka mendakwa sedang berlayar ke Satun, Thailand.

“Sebahagiannya lagi mendakwa ingin masuk ke negara ini namun tiada sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini.

Wari berkata, kumpulan terbabit juga mendakwa kehadiran mereka ke negara ini dibawa oleh seorang tekong yang juga warga Indonesia, namun pihaknya masih meneliti perkara berkenaan.

“Mereka mendakwa tekong terbabit sempat melarikan diri, namun kita masih meneruskan siasatan kerana khuatir alasan terbabit digunakan untuk membebaskan diri sahaja.

“Kesemua mereka direman selama 14 hari bermula hari ini mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan mereka telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi menjalani saringan COVID-19,” katanya.

Katanya, pihaknya turut merampas sejumlah wang tunai Rupiah Indonesia dan dokumen pelaut milik kesemua mereka.

Dalam operasi sama, polis turut menahan tiga pati termasuk seorang wanita warga Myanmar berusia 29 hingga 41 tahun di sebuah penempatan sementara di kawasan Hutan Simpan Paya Bakau, Pulau Ketam Kuala Perlis.

Kesemua mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah namun telah tamat tempoh dan didapati bersembunyi bagi mengelak dari ditahan pihak berkuasa.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here