COVID-19: 1,139 kes baharu

0
88

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 1,139 kes positif baharu COVID-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes jangkitan akibat wabak itu sejumlah 354,468 kes di negara ini setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak mencatatkan bilangan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 332 kes, diikuti Selangor dengan 294 kes dan Johor (102).

Beliau berkata, tiada kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di Putrajaya dan Perlis hari ini.

Ketika ini Selangor masih lagi mencatatkan jumlah kes jangkitan paling banyak sejak awal penularan COVID-19 di negara ini iaitu sebanyak 118,328 kes, disusuli Sabah (55,294); Johor (41,956) dan Kuala Lumpur (38,408).

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here