Covid-19: 18 Kes Baharu Termasuk 8 Kes Penularan Tempatan

0
129

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 18 kes positif pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bertambah menjadi 8755 kes.

Menerusi infografik yang disampaikan oleh KKM, pertambahan pesakit sembuh pada hari ini adalah 3 kes. Hal ini menjadikan bahawa jumlah kumulatif pesakit sembuh dan dibenarkan keluar wad meningkat kepada 8,541.

Berdasarkan jumlah kes positif terkini, 10 daripada jumlah tersebut adalah kes import manakala 8 kes daripada tempatan.

Dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian setakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kematian kekal kepada 122 kes.

Status Terkini Covid-19 Malaysia

Sumber: KKM

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here