COVID-19: Arab Saudi hadkan jumlah jemaah Haji

0
92

BEIRUT/ANKARA, 23 Jun — Arab Saudi tahun ini akan mengehadkan jemaah haji hanya untuk penduduk yang tinggal di negara itu, susulan penularan wabak COVID-19, sekaligus menutup pintunya kepada jemaah haji luar negara, lapor agensi berita Anadolu. 

Kementerian Haji dan Umrah dalam satu kenyataan berkata hanya sebilangan kecil penduduk daripada pelbagai kerakyatan yang tinggal di Arab Saudi akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Kes COVID-19 di Arab Saudi melepasi 161,005 dengan lebih 1,300 kematian manakala lebih 105,000 sudah pulih. 

Sejak pertama kali dikesan di China pada Disember lalu, COVID-19 sudah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah.

Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia antara negara paling teruk terjejas. 

Wabak maut itu sudah meragut hampir 470,000 nyawa penduduk di seluruh dunia, dengan lebih sembilan juta kes disahkan dan lebih 4.47 juta pesakit pulih, menurut data Johns Hopkins University.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here