COVID-19: Indonesia lapor 3,356 kes baharu

0
45

JAKARTA: Indonesia melaporkan 3,356 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan keseluruhan kes jangkitan sehingga tengah hari semalam kepada 421,731 kes.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan negara itu, kes sembuh direkodkan sebanyak 3,785, menjadikan keseluruhan 353,282 kes.

Turut dilaporkan 113 kes baharu kematian, menjadikan 14,259 orang maut akibat COVID-19 sehingga kini.

Portal berita antaranews.com melaporkan Jakarta merekodkan kes baharu tertinggi dengan 768 kes, diikuti Jawa Tengah (547) dan Jawa Barat (516). Bagaimanapun ibu negara turut mencatatkan kes sembuh tertinggi dengan 934 kes.

Sementara itu Jawa Timur merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Jakarta, Jawa Barat dan Jawa Tengah dengan masing-masing merekodkan 15 kematian.

Data daripada pasukan petugas COVID-19 menunjukkan 19 daerah dan bandar berada pada tahap risiko tinggi jangkitan termasuk Bireuen, Aceh Singkil, Bengkalis, Pekanbaru, Kampar, Padang, Lubuklinggau, Bandar Lampung, Bekasi, Tegal, Pemalang, Kendal, Pati, Kutai Timur, Kutai Kartanegara, Pontianak, Kendari, Manokwari dan Jayapura.

Sebanyak 37 daerah dan bandar berada pada tahap risiko penularan sederhana hingga tinggi, sekali gus menyaksikan virus berpotensi tidak boleh dikawal di kawasan berkenaan.

Sejumlah 104 daerah dan bandar berada dalam status risiko rendah. Bagaimanapun jangkitan tetap berlaku walaupun penyebaran virus dapat dikawal.

Kira-kira 20 daerah dan bandar tidak terjejas dengan pandemik, namun risiko penularan tetap ada walaupun tiada kes baharu dilaporkan. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here