COVID-19: Jemaah solat Jumaat di Zon Hijau, Kuning Wilayah Persekutuan diperluas

0
36

KUALA LUMPUR: Jumlah jemaah solat Jumaat diperluas hingga satu per tiga daripada kapasiti dewan sembahyang utama masjid dan surau Jumaat bagi Zon Hijau serta Zon Kuning COVID-19 di Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bagi solat fardu lima waktu di kawasan Zon Hijau dan Zon Kuning pula, kapasiti dibenarkan ialah tidak melebihi 30 jemaah dengan tertakluk kepada keluasan dewan sembahyang utama masjid dan surau bersama penjarakan satu meter antara jemaah.

Namun bagi Wilayah Persekutuan Labuan yang kini berada dalam Zon Merah, beliau berkata, jumlah jemaah solat Jumaat dihadkan kepada 12 orang, manakala sembahyang fardu lima waktu pula tiga orang.

“Pada masa sama, aturan ini akan turut dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya jika wujud Zon Merah di kawasan terbabit dan keadaan sama berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang khas mengenai garis panduan majlis akad nikah dan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here