COVID-19: Negeri Sembilan, Sarawak catat kebolehjangkitan harian tertinggi

0
104

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi negara, iaitu masing-masing pada 1.06, setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi, iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitternya beliau berkata, negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90, iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51.

Katanya, Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.91.

Sebanyak 2,998 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian direkodkan untuk tempoh 24 sehingga tengah hari semalam. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here