Covid-19: Sembilan kes baharu hari ini.

0
119

SEBANYAK sembilan kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini, sekali gus merekodkan 9,249 kes positif keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada sembilan kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan semua warga asing.

Menurutnya, empat kes import itu ialah dari Filipina, Austria, Indonesia dan India.

Selain itu, katanya, lima lagi kes penularan tempatan membabitkan empat warga negara manakala seorang warga asing iaitu kes saringan sebelum pulang ke negara asal.

“Beliau tidak bergejala dan sudah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

“Kes penularan warga negara pula adalah tiga di Kedah daripada Kluster Tawar dan satu di Kuala Lumpur membabitkan kluster baharu iaitu Kluster Maju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara adalah 179 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

Beliau berkata, terdapat 13 kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 8,945 kes iaitu 96.7 peratus.

“Sebanyak tujuh kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Namun tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini dan kekal 125 kes,” katanya.

SUMBER: HARIAN METRO

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here