COVID-19: Semua masjid, surau dalam Zon Merah di Sabah ditutup

0
24

KOTA KINABALU: Semua masjid dan surau dalam Zon Merah di Sabah ditutup berkuat kuasa hari ini hingga 16 Oktober depan, dengan semua aktiviti serta program ditangguhkan dan solat berjemaah dilarang.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata ia termasuk masjid dan surau di Kota Kinabalu, Penampang serta Putatan yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Aktiviti dan program di semua masjid serta surau terbabit ditangguhkan, termasuk solat berjemaah tidak dibenarkan, kecuali melaungkan azan pada lima waktu solat.

“Muazin hendaklah melaungkan azan dengan menambah lafaz ‘solatlah di rumah kamu’ selepas azan supaya difahami masyarakat beragama Islam di sekitarnya.

“Selain itu, solat Jumaat pada 9 dan 16 Oktober depan tidak dibenarkan. Justeru, ahli kariah wajib melaksanakan solat fardu zohor di kediaman atau tempat masing-masing pada masa solat Jumaat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Bungsu berkata, masjid dan surau dalam Zon Kuning serta Zon Hijau dibenar melaksanakan solat Jumaat dan sembahyang berjemaah lima waktu mengikut ketetapan tertentu.

“Bagi masjid dan surau dalam Zon Kuning serta Zon Hijau, bilangan ahli jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat ialah 40 orang dan sembahyang lima waktu 12 orang. Bilangan itu termasuk ahli jawatankuasa masjid, imam dan khatib,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here