COVID-19: Tiada warga Malaysia dilaporkan di China

0
63

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang memantau rapi penularan terkini wabak COVID-19 di beberapa lokasi di wilayah itu dan situasi dilaporkan terkawal.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata pada masa ini tiada warganegara Malaysia di Beijing atau di wilayah lain di negara itu dilaporkan dijangkiti COVID-19. 

Semua warganegara Malaysia di Beijing harus mematuhi peraturan saringan kesihatan tempatan yang berkaitan dan disaran mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke daerah-daerah yang terjejas, katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau turut menasihati warga Malaysia yang tinggal di Beijing atau yang sedang merancang perjalanan dari atau ke Beijing agar terus mengambil langkah berjaga-jaga yang ditetapkan. 

“Wisma Putra turut menggalakkan semua warganegara Malaysia di China untuk mengambil kira kemungkinan gangguan perkhidmatan pengangkutan apabila merancang perjalanan masing-masing,” katanya.

Beliau juga menggalakkan warganegara Malaysia di China memaklumkan kepada kedutaan atau konsulat jeneral berhampiran mengenai orang yang boleh dihubungi dalam kes kecemasan, sekiranya belum berbuat demikian melalui pautan https://is.gd/MyCn2020.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here