Cuba rasuah APMM lepaskan 25 Rohingya masuk ke Malaysia

0
171

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki Myanmar kerana cuba merasuah pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebanyak RM25,000 bagi tujuan melepaskan 25 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang mahu menyeludup masuk ke Malaysia.

Kedua-dua lelaki terbabit yang berusia 29 dan 35 tahun dipercayai bertindak sebagai tekong yang terbabit secara aktif dalam kes penyeludupan manusia di Langkawi khususnya membabitkan etnik Rohingya.

Sumber berkata, dua individu itu ditangkap pada jam 3.35 pagi tadi hasil perangkap diatur ketika suspek cuba menyogok pegawai penguat kuasa APMM untuk melepaskan 25 etnik Rohingya yang sudah mendarat dan ditahan di Langkawi.

“SPRM akan memberikan tumpuan kepada kes rasuah atas kesalahan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Kedua-dua individu ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“SPRM akan menyerahkan kedua-dua suspek kepada polis bagi diambil tindakan selanjutnya selepas siasatan SPRM selesai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan berkenaan.

Sumber: Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here