Di mana hak pembayar cukai?

0
220

Analisis kewartawanan mendapati sesuatu yang diluar kebiasaan setelah mengetahui taksiran cukai mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diperintahkan mahkamah supaya membayar RM1.6 bilion cukai.

Rata-rata rakyat pembayar cukai yang ditemui melahirkan rasa pelik dan membayangkan wujudnya niat jahat LHDN terhadap Najib.

Taksiran ini dibuat oleh kerajaan DAP-PH tahun 2019, tetapi tidak didedahkan pula cukai anak beranak Tun Dr Mahathir Mohamad dan lain-lain pemimpin PH.

Jika Perdana Menteri(Najib Razak) pun boleh dianiaya sedemikian, bagaimana dengan kami pembayar cukai marhaen, memang zalim.

Pegawai-pegawai yang mentaksir cukai di LHDN adalah manusia biasa bukan malaikat sudah tentu boleh lakukan kesilapan dan kesalahan.

Jika tidak boleh dipertikai atau dicabar taksirannya dimanakah keadilan hak pembayar cukai untuk membela diri?

Misalnya pendapatan rakyat RM20,000, dikenakan cukai RM30,000, di mana logiknya?

Dalam konteks ini bagaimana Najib boleh mendapat pendapatan berpuluh bilion ringgit sedangkan dia adalah Perdana Menteri?

Pendapatannya diaudit dan Najib sendiri mengaku dia sebagai Presiden UMNO memang banyak terima wang sumbangan derma terutama untuk tujuan politik dan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Setahu umum sumbangan derma adalah dikecualikan daripada cukai sepertimana yang dinikmati oleh syarikat besar, sumbangan derma dan tanggungjawab sosial dikecualikan cukai.

Jadi kenapakah Najib seorang yang sumbangan dermanya dikenakan cukai padahal ia sepatutnya dikecualikan cukai?

Minta LHDN memberikan faktanya dan menjelaskan perkara ini? Ini kerana jelas LHDN telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.

Maknanya LHDN juga rasuah minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tangkap dan siasat pegawai LHDN yang berkenaan.

Jika itu adalah wang rasuah bukankah sudah di rampas di sita oleh SPRM?

Adakah wang rasuah juga adalah pendapatan?

Jika pendapatan, maka wang rasuah itu bukanlah wang rasuah. Jika itu bukan rasuah bagaimana pula Najib dituduh didakwa rasuah?

Penghakiman tanpa perbicaraan. Betulkah dan bolehkah berlaku adil tanpa soal jawab?

Sehubungan itu, dicadangkan satu pindaan undang-undang LHDN supaya membenarkan pembayar cukai mencabar taksiran yang dibuat oleh LHDN seperti yang berlaku pada Najib, taksiran yang langsung tidak masuk akal.

Bagaimanakah Najib hendak membela dirinya melainkan terpaksa membayar taksiran yang salah oleh LHDN.

Hipotesisnya sebab memang nak penjarakan Najib, ini lah satu-satunya cara boleh penjarakan Najib sebab hakim sudah jatuh hukum tanpa bicara.

Ada ke duit Najib banyak itu sedangkan semua duitnya sudah di sita. Memang Najib takkan mampu bayar, maka kena penjarakan Najib.

Jadi satu-satunya cara Najib nak lepas adalah mesti bayar dulu RM1.6 bilion itu.

Sebab Najib tiada duit, jadi kita pakatlah ramai-ramai rakyat Malaysia tolong Najib kumpulkan duit bayarkan RM1.6 bilion itu dan kita undilah Najib supaya menjadi Perdana Menteri, supaya boleh betulkan penganiayaan dan kezaliman ini serta kembalikan semula wang yang kita telah derma.

Saya ada pakar yang boleh bangunkan sistem komputer untuk merekodkan semua sumbangan ini supaya boleh dikembalikan nanti atau digunakan untuk tujuan kebajikan lain misalnya bayar upah tangkap pati.

Artikel ini adalah Ehsan dari Pembaca BMF Media TV – Wan Noor Hayati Wan Alias

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here