DIDIK TV KPM bantu PdPR – PM

0
104

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin saluran DIDIK TV Kementerian Pendidikan (KPM) dapat membantu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), khususnya murid yang tiada akses kepada pendidikan secara dalam talian.

Perdana Menteri berkata, ibu bapa turut boleh meluangkan masa menonton saluran terbabit bersama anak mereka.

“DIDIK TV KPM akan menyiarkan program berteraskan kurikulum serta kokurikulum KPM, dan saluran ini juga menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan dari peringkat prasekolah hingga Tingkatan Enam.

“Ini termasuk program bercorak didik hibur serta kandungan yang dihasilkan oleh murid,” katanya ketika berucap menyempurnakan pelancaran DIDIK TV KPM, hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here