‘Doraemon’ jadi model promosikan kedai

0
38

JEMPOL: Memenuhi permintaan anak dan juga sebagai strategi untuk menarik pelanggan ke kedai makanannya, Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar, 29, tidak kisah untuk mengenakan kostum Doraemon.

Anaknya, Nur Dhia Imani Norazmi, 4, paling seronok apabila Nurulazma Shariqah sendiri memakai kostum berkenaan.

Menurutnya, dia pernah mencuba pelbagai pilihan watak kartun popular lain dan adiwira seperti Mickey Mouse, Garfield dan Ultraman namun anaknya memilih Doraemon.

“Selepas kedai makan saya ditutup sebaik Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu, Sabtu minggu lalu saya memulakan perniagaan semula.

“Agak mencabar apabila berniaga ketika negara masih lagi melaksanakan fasa pemulihan Covid-19 namun saya perlu lalui cabaran.

“Nasib baik bantuan Geran Khas Prihatin untuk usahawan seperti saya sebanyak RM3,000 memberi kelegaan untuk saya mula berniaga,” katanya.

Nurulazma Shafiqah berkata, dia tidak kisah memakai kostum kerana dapat menjimatkan belanja bagi mempromosikan kedai makan yang terletak di pintu masuk ke Kampung Lonek, Jempol.

Menurutnya, dia akan memakai kostum setiap Sabtu dan ahad sebagai usaha menarik lebih pelanggan datang ke kedainya.

“Walaupun tidak sama seperti watak kartun Doraemon yang lebih montel namun kanak-kanak yang ke kedai untuk menjamu selera tetap teruja termasuk mahu bergambar,” katanya.

Sumber: Metro Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here