Dua bot nelayan Indonesia, 25 kru diusir

0
14

LUMUT: Dua bot nelayan Indonesia bersama 25 kru diusir selepas dikesan menceroboh perairan negara di kedudukan 33 batu nautika barat laut Pulau Jarak dekat sini, semalam.

Tindakan pengusiran itu dilakukan Kapal Maritim (KM) Rawa milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sedang melaksanakan Op Benteng selepas mengesan bot berkenaan pada 11 pagi.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman, berkata pemeriksaan mendapati sebuah bot pukat jerut dikendalikan 20 kru termasuk tekong dan sebuah lagi bot peranti dengan lima kru yang semuanya warga Indonesia.

“Kedua-dua bot itu diusir keluar oleh KM Rawa dan pesawat udara Maritim AW139 sehingga ke sempadan perairan Malaysia – Indonesia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Shahrizan berkata, pengusiran nelayan asing ini adalah tindakan semasa dalam mencegah penularan wabak COVID-19 khususnya melalui kes import yang dibawa oleh warga asing.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here