Elak perjumpaan besar-besaran pada Tahun Baharu Cina

0
84

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai tidak mengadakan perjumpaan besar-besaran ketika sambutan Tahun Baharu Cina walaupun situasi COVID-19 di negara ini beransur baik.

Dr Noor Hisham dalam hantaran menerusi Facebook beliau berkata, perjumpaan besar boleh menyebabkan berlaku peningkatan kes.

“COVID-19 sekali lagi menahan diri kita daripada menyambut satu lagi perayaan dan perjumpaan ketika Tahun Baharu Cina ini.

“Sama ada kita melakukannya atau memutuskannya ketika perayaan ini bagi mengawal situasi, tanggungjawab terletak pada bahu semua orang,” katanya.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan mereka yang menyambut perayaan itu supaya berada di rumah dan meraikannya bersama ahli keluarga, sekali gus melindungi ahli keluarga yang rentan.

“Semoga Tuhan membimbing dan melindungi kita untuk menamatkan pandemik ini pada waktunya. Insya-Allah, semoga tahun lembu emas ini membawa kekuatan kepada kita untuk berdepan dan mengatasi setiap kesukaran dilalui,” katanya.

Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina esok dan Sabtu ini dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, sama seperti sambutan Aidilfitri dan Deepavali tahun lalu. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here