Empat lelaki parah selepas dua lori dinaiki bertembung

0
402

MUKAH: Empat lelaki mengalami kecederaan parah selepas dua lori yang dinaiki mereka bertembung di Kilometer 1, Jalan Balingian – Mukah pada jam 5.30 petang semalam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata semasa kejadian, lori sawit yang dinaiki tiga lelaki warganegara Indonesia itu sedang bergerak di belakang lori sampah yang dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun.

“Lori sampah yang sedang bergerak di laluan lurus itu brek secara mengejut susulan tindakan sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner yang bertindak keluar simpang secara tiba-tiba,” ujarnya.

Katanya, tindakan lelaki terbabit melakukan brek mengejut menyebabkan lori sawit di belakangnya hilang kawalan lalu merempuh lori sampah berkenaan yang berada dalam keadaan melintang di tengah-tengah jalan.

Impak yang cukup kuat dari insiden ini menyebabkan ketiga-tiga lelaki warganegara Indonesia itu tercampak keluar dari lori yang dinaiki mereka.

Lori sampah itu katanya terbabas ke bahu jalan lalu terjunam ke dalam parit tepi jalan manakala lori sawit pula terperosok ke seberang jalan.

“Difahamkan ketiga-tiga lelaki warganegara Indonesia berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sementara pemandu lori sampah dilaporkan patah pada bahagian peha kanan,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber:BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here