Empat PATI warga Filipina ditahan polis Labuan

0
53
Gambar Hiasan

LABUAN: Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina ditahan polis Labuan berhampiran persisiran pantai Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kiamsam di sini awal pagi ini.

Keempat-empat suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan sebaik pulang dari memancing di pantai Kiamsam pada 2 pagi.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata kesemua lelaki itu telah lama dalam ‘persembunyian’ lebih 20 tahun dan sejak itu, mereka tinggal di sini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka tidak mempunyai dokumen yang sah dan selama ini mereka hidup dalam buruan, bersembunyi daripada pihak berkuasa…mereka berada di penempatan ini sejak 20 tahun yang lalu…kakitangan kami memburu PATI tanpa batas waktu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Farid berkata keempat-empat suspek direman selama 14 hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1953/69, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan.

“Kami memantau situasi di penempatan pelarian ini untuk kemungkinan aktiviti jenayah dan pencerobohan pendatang tanpa izin,” katanya.

Beliau menggesa orang awam menjadi mata dan telinga pihak polis sekiranya mereka mendapati berlaku pencerobohan pendatang tanpa izin melalui persisiran pantai.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here