Format SPM 2020 kekal – Lembaga Peperiksaan

0
83

KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 adalah kekal seperti sedia ada.

Merujuk laporan sebuah akhbar tempatan menerusi artikel bertajuk ‘Wajah Baharu SPM’, ‘SPM Bakal Dirombak’ dan ‘Peperiksaan Boleh Buka Buku’ semalam, ia menjelaskan, tidak pernah membuat sebarang pengesahan berkaitan format peperiksaan itu pada masa hadapan.

“Lembaga Peperiksaan mendapati tajuk dan laporan akhbar ini telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai, khususnya calon peperiksaan SPM 2020.

“Lembaga Peperiksaan akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai jika terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran,” kata agensi berkenaan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here