GARDENIA BERGANDING BAHU BERSAMA JAWI MENYEMARAKKAN KEMERIAHAN SYAWAL BERSAMA GOLONGAN ASNAF DAN B40

0
114

Kuala Lumpur: Bagi menyemarakkan kemeriahan Syawal untuk golongan Asnaf dan keluarga – keluarga B40, Azam Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) telah berkolaborasi bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dengan mengedarkan pek sumbangan Gardenia serta biskut Raya kepada golongan tersebut

“Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat. Tahun ini, Syawal disambut dengan begitu berbeza sekali. Di saat kita menikmati kemeriahan Syawal bersama yang tersayang, jangan dilupakan masih ada golongan kurang berkemampuan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Kami sangat bersyukur kerana JAWI sudi membantu meluaskan jangkauan sumbangan Fasa 4 program bantuan kami agar ianya merangkumi lebih ramai keluarga yang memerlukan,” kata Hazlinah Harun, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Gardenia telah menyumbangkan 4,000 pek yang bernilai lebih daripada RM85,000. Penerima ini telah menerima pek sumbangan yang mengandungi sebuku roti Delicia, Twiggies, mi kuning NuMee Gardenia dan kuih raya.

Pengarah JAWI, En Haji Mohd Ajib Bin Ismail meluahkan kesyukuran atas perkongsian niat Gardenia untuk berkerjasama bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Beliau berkata “Kebajikan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan menjadi keutamaan bagi pihak JAWI dan kami berasa sangat berbesar hati untuk menerima bantuan Gardenia agar dapat meningkatkan usaha kami untuk menolong mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya di musim perayaan ini.

Bantuan ini akan disalurkan menggunakan landasan JAWI Food Bank menerusi masjid dan surau di sekitar enam zon termasuk Surau Jumaat Hijrah PPR Intan Baiduri, Surau Jumaat At-Taqwa Sentul Utama, Masjid Nurul Islam, SJ Al-Husna PPR Semarak, Surau Jumaat Al Mustaqim dan Surau Hijrah PPR Pantai.”

Gardenia juga berganding bahu bersama organisasi lain selain JAWI. Organisasi yang terlibat adalah Persatuan Penduduk Kampung Bari Simpang Tiga, Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia dan Pertubuhan Rangkaian Penjanaan Ekonomi Wanita Damansara Damai. Gardenia berganding bahu bersama organisasi ini untuk membantu golongan B40 

Inisiatif ini merupakan fasa keempat dalam program RM1 juta Gardenia Covid-19 Aid yang telah dilaksanakan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang lalu bagi membantu meringankan beban golongan B40, para petugas barisan hadapan dan para penuntut universiti di bawah Program Food Bank.

Untuk pengetahuan umum, GBKL ditubuhkan pada tahun 1986. Kini, ia merupakan pengeluar roti terkemuka di Asia Tenggara. Setelah lebih dari 30 tahun, Gardenia mengendalikan bakeri di Malaysia dan mengeluarkan 47 jenis produk setiap hari, termasuk pelbagai roti buku, roti ban, rol, kek dan lain-lain produk seperti lepa dan mi kuning.

Sumber: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Centriq PR Sdn Bhd, Jacqueline Arnold / Jeannette D’Netto

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here