‘Gerakkan semula operasi bot laut dalam’

0
89

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

TAIPING: Kerajaan diharap melonggarkan syarat kemasukan awak-awak dari Thailand, Vietnam dan Myanmar bagi membolehkan ratusan bot laut dalam yang tidak beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) digerakkan semula.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata bot berkenaan juga berupaya menghalang bot negara asing mengaut hasil lautan negara seperti berlaku di Terengganu, kelmarin.

“Permohonan membawa masuk pekerja atau awak-awak dari Thailand sudah diluluskan tetapi terhalang berikutan peraturan ketat Jabatan Imigresen.

“Kita harap syarat kemasukan itu dilonggarkan sedikit supaya operasi menangkap ikan di laut dalam dapat bergerak semula.

“Pekerja tempatan masih kurang daya ketahanan berkerja di bot laut dalam kerana perlu berada di laut berminggu-minggu lamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Bantuan Asnaf Sempena Ramadan Parlimen Bukit Gantang di Gelanggang Futsal Bukit Gantang, di sini, hari ini.

Katanya, kejayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas tiga bot dari Vietnam dengan hasil laut sebanyak 1.5 tan, menggambarkan pencerobohan mudah berlaku kerana ketiadaan bot tempatan.

“Di Bukit Gantang sahaja iaitu di Panchor dan Kuala Sepetang, ada 300 bot laut dalam tersadai akibat ketiadaan pekerja asing sejak penularan pandemik COVID-19.

“Bagi memastikan sumber perikanan kita tidak terus dirompak, kerajaan perlu menggerakkan semula industri laut dalam,” katanya.

Semalam, APMM mengusir tiga bot penguat kuasa Vietnam dan menghalang mereka merampas tiga bot negara itu yang menceroboh perairan negara pada kedudukan 119 hingga 120 batu nautika Timur Laut Kuala Terengganu.

APMM turut merampas hasil tangkapan sebanyak 1.5 tan dan menahan 19 nelayan warga Vietnam termasuk tekong berusia 21 hingga 61 tahun dengan aset rampasan keseluruhan bernilai RM 4.5 juta.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here