Goldman Sachs bayar AS$3.9b selesai caj, tunggakan

0
62

KUALA LUMPUR: Goldman Sachs, bank pelaburan global bersetuju membayar AS$3.9 bilion (RM15.44 bilion) bagi penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan tiga urus niaga bon membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata jumlah penyelesaian dan wang yang telah diterima Malaysia daripada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berjumlah lebih AS$4.5 bilion akan dikembalikan kepada kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan terus komited untuk mendapatkan semula aset lain yang belum dikembalikan.

“Penyelesaian ini merangkumi pembayaran tunai AS$2.5 bilion dan jaminan untuk pengembalian penuh berjumlah sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion dari segi aset yang berkait dengan hasil yang telah diseleweng melalui tiga urus niaga bon berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Goldman Sachs dan Malaysia turut menggugurkan semua pertuduhan berkaitan 1MDB.

SUMBER : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here