Hadi tawar diri jadi penerima awal suntikan COVID-19

0
78

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaannya untuk menjadi antara individu terawal menerima suntikan vaksin COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Marang itu berkata, langkah berkenaan adalah sokongan beliau terhadap usaha kerajaan memerangi wabak pandemik.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak bersama menggembleng usaha melawan COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Saya telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan khususnya mengenai kepentingannya terhadap kelompok dalam masyarakat supaya mempunyai daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit ini.

“Justeru, saya ingin menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada penerima awal suntikan vaksin COVID-19 bersama-sama Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik ini.

“Fokus utama kita sekarang adalah memastikan keselamatan rakyat terjamin dan ekonomi negara kembali pulih,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here