Haram jual arak selepas 10.30 malam

0
49
KUALA LUMPUR 24 FEBRUARI 2018. Pegawai penguatkuasa Jabatan Kastam memeriksa minuman keras ketika sebuah daripada tiga buah pusat hiburan diserbu menerusi Ops BAH Siri 42 dan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan antaranya beroperasi tanpa lesen, beroperasi melebihi masa dibenarkan, menggaji warga asing sebagai pekerja dan menyalahguna lesen sekitar Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti cadangan melarang jualan minuman keras secara runcit dari jam 10.30 malam hingga 7 pagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata kajian pelaksanaan penanda aras dengan modul pengurusan pengeluaran lesen minuman keras oleh negara lain seperti Singapura.

Katanya, kajian penyediaan garis panduan lesen minuman keras akan dilaksanakan bersama kementerian dan agensi kerajaan lain yang berkaitan.

“Ia termasuk Jabatan Kastam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengangkutan,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang meminta penjelasan kerajaan di sebalik langkah menggantung pemberian lesen penjualan arak di Kuala Lumpur.

Isu pengambilan minuman keras sehingga mengundang kemalangan dilihat semakin meruncing, sekali gus menuntut kerajaan untuk mengenakan tindakan yang lebih setimpal.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, pada 15 Julai lalu dilaporkan berkata pemandu mabuk bakal berdepan hukuman berat, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan Dewan Rakyat.

Mereka yang disabitkan dengan kesalahan turut boleh digantung lesen memandu sehingga 20 tahun.

Khuatir dengan kesan mabuk angkara arak ketika memandu, DBKL juga membekukan permohonan baharu lesen minuman keras di Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa pada 2 Jun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan.

Sumber:Berita harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here