Harap KWSP janganlah bagi harapan palsu, kata warga maya

0
187

SHAH ALAM – Warga maya melahirkan rasa kecewa terhadap masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar kategori dua yang sepatutnya kembali pulih pada Isnin masih mengalami masalah yang sama.

Bukan itu sahaja, warga maya juga mendakwa semakan status permohonan i-Sinar kategori dua yang sebelum ini telah diluluskan oleh KWSP, tetapi sebaik melakukan semakan semula pada Isnin mendapati, permohonan mereka masih dalam status proses.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad malam mengumumkan pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori dua dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad.

Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook KWSP, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online.

“Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” menurut kenyataan ringkas itu.

Warga maya dikenali Qistina Shahrim meluahkan kekecewaanya di ruang komen Twitter KWSP.
Sumber : Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here