JAIM longgarkan had umur jemaah masjid

0
150
Gamba

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan individu berusia lebih 70 tahun

menunaikan solat Jumaat dan fardu di masjid juga surau selain had umur minima untuk berbuat demikian dikurangkan kepada 12 tahun.

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat, berkata kelonggaran itu sejajar kenyataan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali dan Pekeliling Jabatan Mufti Negeri Melaka pada 11 Jun lalu yang membenarkan jemaah solat Jumaat ditambah berbanding 40 sebelum ini, mulai 12 Jun lalu.

Kenyataan dan pekeliling itu juga membenarkan jemaah masjid untuk solat fardu dinaikkan berbanding hanya imam, bilal dan noja sebelum ini.

“Mereka mestilah benar-benar sihat tanpa sebarang gejala berkaitan pandemik COVID-19 seperti demam, selsema, sesak nafas dan batuk.

“Bagaimanapun, jemaah diingatkan sentiasa menjaga jarak satu meter selama berada dalam masjid dan surau, termasuk ketika menunaikan solat.

“Jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka, berwuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, jemaah wajib mendaftarkan nama, diambil suhu badan selain tidak melakukan kontak fizikal seperti berjabat tangan sebelum dan selepas solat.

Jemaah hendaklah segera meninggalkan masjid dan surau selepas solat tetapi tazkirah ringkas hanya dibenarkan selepas solat Subuh dengan had maksimum 20 minit.

“Pihak pentadbir boleh menggunakan apa-apa kaedah untuk memastikan jemaah tidak melebihi kapasiti yang dibenarkan,” katanya.

JAIM turut membenarkan akad nikah dilaksanakan di masjid dan surau tetapi tidak membenarkan jamuan makan di situ.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here