Jalan sesak teruk menghala ke Kuala Lumpur

0
116
ALIRAN trafik sesak dan perlahan susulan sekatan jalanraya (SJR) di jalan utama ke Kuala Lumpur di Kampung Batu 16. FOTO: Halimaton Saadiah Sulaiman; Sumber : Harian Metro

ALIRAN trafik sesak dan bergerak sangat perlahan menuju bandaraya Kuala Lumpur pagi ini apabila terlalu ramai memandu kenderaan dari Rawang.

Tinjauan mendapati kesesakan trafik lebih lima kilometer dari bandar Rawang menuju ibu kota.

Kesesakan bertambah teruk apabila pemandu perlu melepasi sekatan jalan raya di Batu 16 dekat Rawang bagi pemeriksaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penduduk, Hazali Bakar, 45, berkata, semalam aliran trafik lebih baik dan terkawal apabila kelihatan tenang berbanding hari ini.

Katanya, ramai pengguna memilih ke Selayang dan Kuala Lumpur untuk membeli keperluan harian menyambut awal Ramadan.

“Saya hairan melihat keadaan ini. Penduduk lebih suka keluar ke tempat lebih jauh untuk membeli keperluan harian. Mereka sepatutnya berada di rumah membantu bersama mencegah penularan wabak Covid-19 ketika ini.

“Rumah saya berdekatan jalan utama di sini. Sejak awal pagi bermula 7 pagi kelihatan banyak kenderaan sesak melepasi pemeriksaan polis di sini,” katanya.

Penjual buah-buahan tempatan di Rawang, Muhamad Izzat Samsudin, 34, berkata, polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja melanggar arahan PKP ini.

Katanya, kesesakan jalan raya utama membuktikan masih ramai penduduk yang seakan-akan mahu ‘berpesta’ menyambut Ramadan.

“Sepatutnya penduduk membeli keperluan harian di Rawang dan Hulu Selangor bukannya ibu negara setiap hari. Mereka perlu hormat dan mematuhi arahan yang diberikan itu,” katanya

Sumber : Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here