Jangan biar Melayu merempat di negara sendiri

0
144
Gambar Hiasan

BANGI: Jangan ulangi kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu terhadap pemilikan tanah di negara ini. Perkara ini boleh merugikan bangsa Melayu itu sendiri.

Menurut Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, orang Melayu perlu mempertahankan dan membangunkan tanah-tanah tinggalan nenek moyang kita. 

Prof Dr Zainur berkata janganlah ulangi kesilapan pemimpin dan generasi yang lalu. Jangan biarkan umat ini merempat di negeri sendiri.

Perkara ini diulas oleh beliau berdasarkan data yang dikeluarkan National Agenda Secretariat (NAS) berhubung pemilikan tanah antara individu yang terkaya di Malaysia. 

Menerusi dapatan itu, hanya dua orang Melayu daripada 15 individu terkaya menguasai pemilikan tanah di negara ini iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dan Datuk Amar Sapawi, masing-masing hanya satu peratus dan 0.2 peratus sahaja. 

Sementara, pemilik syarikat IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng memegang pemilikan terbesar iaitu 39 peratus, diikuti  Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) 30.8 peratus dan Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Group) 29 peratus.

Sumber: ISMAWEB

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here