Jawatan TPM Mungkin Wujud Semula Selepas PRU

0
35

KUALA LUMPUR: Seperti yang sedia maklum barisan Kabinet dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menyenaraikan Jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika ini. Namun ianya tidak mustahil akan terwujudnya semula jawatan tersebut selepas Pilihan Raya Umun (PRU) yang akan datang.

Tan Sri Adam Kadir, Pakar Undang-Undang Perlembagaan, berkata tujuan Perdana Menteri mengecualikan jawatan tersebut adalah kerana beliau mengambil kira suasana politik semasa tanah air. Keputusan itu juga disifatkan sebagai sesuatu keputusan yang unik, tambah beliau, keputusan itu juga diambil kira tasa faktot parti yang ada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Merujuk pada ungkapan ” so near so far” oleh Shakespeare, Tan Sri Adam Kadir beranggapan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri tersebut atas dasar pengalamannya sendiri yang menggalas tugas yang agak besar dan tidak mudah. “Dia (Perdana Menteri) pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi tidak dapat jadi Perdana Menteri selepas itu, begitu juga (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak dapat jadi Perdana Menteri, begitu juga Tun Musa Hitam dan Tun Ghaffar Baba, jadi mengapa nak jadi Timbalan Perdana Menteri jika ia hanya menimbulkan rasa cemburu saja” ujar beliau

Tambah beliau, sehingga kini hanya ada seorang dua sahaja yang diangkat menjadi perdana daripda jawatan tersebut. Katanya, kita perlu mengikut peredaran masa, dan mungkin masa akan datang akan terwujudnya semual jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas PRU yang akan datang berlangsung. Pendapat tersebut dikemukan di sebuah rancangan bual bicara yang diterbitkan oleh Berita Harian, Semalam. Turut bersama-sama dalam rancangan tersebut ialah Felo Penyelidik (Undang-Undang dan Perlembagaan) UTM, Dr Muhamad Fathi Yusof.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here