” ‘Jekfer’ Kembali Beraksi” Hun Haqeem Mula Bekerja Walaupun Masih Dalam Tempoh ‘Recovery’

0
41
Sumber: Tube Viral

Hun Haqeem, yang mula melonjakkan nama beliau dalam industri lakonan menerusi drama Kampung People dan memegang wakta Jakfar atau “Jekfer”. Berikutan kemalangan yang melibatkan pelakon tersebut, Hun Haqeem memaklumkan bahawa keadaannya sudah semakin pulih.

Hun, 22, sedang meneruskan pengambaran drama terbaru yang sedang ditayangkan di slot Akasia Tujuh Warna Pelangi. Beliau berkata, meskipun masih dalam proses pemulihan dia harus meneruskan pengambaran bagi menjayakan drama tersebut. Tambahnya lagi, dia bersyukur dengan keadaannya sekarang yang semakin membaik meskipun terpaksa berhadapan dengan halangan kerja, tapi urusan-urusan dipermudahkan oleh-Nya.

Sumber: mStar

Oleh kerana ligamennya terselamat dari kemalangan tersebut hanya perlu diperbaik sahaja, Hun membuat keputusan untuk keluar dari hospital lebih awal dari yang telah ditetapkan. Meskipun Hun sudah pula bekerja, dia masih memerlukan bantuan pihak produksi jika keperluan untuk ke tempat-tempat mencabar diperlukan dalam pengambaran.

Dia bersyukur kerana semua pihak produksi memahami keadaan beliau sehingga ada yang keadaan yang perlu dirinya diangkat untuk ke tempat tertentu. Tindakkan tersebut membuatkan Hun berasa sebak. Tambahan, beliau langsung tidak berasa serik untuk menunggang motosikal lagi, namun dia perlu lebih berhati-hati kerana bahaya itu masih ada kerana keadaan masih tidak mengizinkan untuk dia menunggang atau memandu kemana-mana.

Oleh itu, yang paling penting adalah pengguna itu sendiri yang perlu bertanggungjawab menggunkan jalan raya sebaik mungkin dan berhati-hati. ” Meskipun kemalangan itu boleh kita elak, tapi jika Allah mentakdirkan kita untuk rasa kita tak boleh buat apa-apa” ujar Hun.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here