JKJAV kaji penggunaan vaksin AstraZeneca di Malaysia

0
107

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan memutuskan sama ada Malaysia akan terus menggunakan vaksin AstraZeneca dalam portfolio vaksin bagi penduduk negara ini.

Perkara itu dinyatakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin susulan kesimpulan dibuat Agensi Perubatan Eropah (EMA) berhubung kes pembekuan darah yang dilaporkan selepas penggunaan vaksin AstraZeneca harus disenaraikan sebagai kesan sampingan vaksin yang mungkin berlaku.

“Kita mengambil maklum pengumuman EMA mengenai vaksin AstraZeneca. JKJAV akan mempertimbangkan perkara itu dan akan memutuskan sama ada kita akan terus menggunakan AstraZeneca dalam portfolio vaksin kita.

“Keselamatan adalah perkara utama,” kata beliau dalam laman Twitternya, hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here