Jumlah mangsa banjir Sarawak menurun

0
83

KUCHING : Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di Sarawak kekal, namun mangsa banjir semakin menurun pagi ini berbanding, malam tadi.

Sehingga jam 8 pagi ini, seramai 813 mangsa daripada 274 keluarga masih berada di sembilan

PPS berbanding 823 pada jam 8 malam tadi.

Daerah Serian mencatat seramai 638 mangsa daripada 210 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

PPS terbabit ialah Dewan Kampung Slabi Entukuh yang menempatkan seramai 42 mangsa, Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh (338), Dewan Maayarakat Serian (148), Dewan Kampung Rimba Padi (75) dan Dewan Serbaguna Ranchan (35).

Di Simunjan pula, seramai 175 mangsa masih ditempatkan di empat PPS iaitu di Dewan Masyarakat Lubok Buntin (27), Dewan Mesra Simunjan (96), Dewan Kampung Entangor, Sebuyau (40) dan Masjid Kampung Seruyuk, Sebuyau (12).

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here