Jumlah mangsa banjir Sarawak terus meningkat

0
96

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini, meningkat kepada 1,041 orang tengah hari ini, berbanding 985 orang, pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin, berkata jumlah PPS masih kekal 18 di empat daerah iaitu di Samarahan, Serian, Simunjan dan Tatau.

Beliau berkata, banjir gelombang ketiga itu menyaksikan jumlah mangsa di Serian terus meningkat dan kini mencecah seramai 752 orang daripada 246 keluarga.

Di Simunjan, katanya, seramai 230 mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di empat PPS manakala di Samarahan, seramai 51 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Di kawasan utara Sarawak pula, jumlah mangsa yang ditempatkan di Dewan Sukan Tatau di Bintulu kekal lapan orang daripada dua keluarga.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here