Kaligrafi dicuri bernilai AS$300 juta ditemui semula

0
44
Police show a picture of a calligraphy scroll written by Mao Zedong worth about 300 million USD, that had been recovered but found chopped in half following a robbery that included antique stamps and revolutionary items from mainland China worth an estimated 645 million USD, at a press conference in Hong Kong on October 7, 2020. (Photo by ISAAC LAWRENCE / AFP)

 

HONG KONG: Segulung puisi ditulis Mao Zedong bernilai ratusan juta dolar yang dicuri sudah ditemui semula, kata polis Hong Kong kelmarin, namun ia didapati sudah dipotong separuh.

Pihak berkuasa berkata individu yang menyerahkan semula artifak dicuri itu memberikannya selepas mendapati ia terlalu sukar untuk dipamerkan.

Gulungan kaligrafi bernilai kira-kira AS$300 juta (RM1.2 bilion) itu adalah barang paling berharga yang diambil dalam rompakan berani bulan lalu di sebuah pangsapuri Hong Kong milik pengumpul dari China, Fu Chunxiao.

Tiga perompak berjaya mencuri harta karun bernilai itu selain setem antik dan barangan zaman revolusi dari tanah besar China, yang dipercayai adalah khazanah harta karun terbesar di Hong Kong.

Menurut Fu, semua barangan berkenaan dianggarkan bernilai HK$5 bilion (RM2.68 bilion)

Semalam, polis mengumumkan mereka sudah mendapatkan semula gulungan kaligrafi puisi Mao dan dua syiling gangsa namun gulungan itu mengalami kerosakan teruk.

“Seseorang mendakwa bahawa (gulungan) itu sukar untuk dipaparkan kerana ia terlalu panjang sehingga perlu dipotong separuh,” kata penguasa kanan polis, Tony Ho kepada wartawan.

Polis mengatakan seorang suspek ditahan kerana disyaki menguruskan jualan barang curi berkenaan, seorang lagi kerana terbabit dalam rompakan dan tiga yang lain kerana membantu penjenayah.

Rompakan dilakukan dengan begitu mudah oleh perompak yang memasuki bangunan kediaman 16 tingkat, membuka pintu besi dan memecah pintu kayu untuk masuk ke dalam, sebelum membawa keluar barangan melalui jalan sama, kata polis.

Kelmarin, penyiasat berkata maklumat awal orang ramai membantu mereka menemui seorang pemandu teksi yang membantu mereka mengenal pasti suspek dan beberapa lokasi utama.

Polis juga percaya mereka sudah mengenal pasti dua lagi perompak terbabit, yang kini masih bebas.

 

SUMBER – AFP/BERITA HARIAN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here