Kanak-kanak dicederakan wanita kurang siuman guna garpu

0
61

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, cedera di bahagian kepala dan tangan akibat dicederakan wanita dipercayai kurang siuman menggunakan garpu dalam kejadian di Taman Mount Austin, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kanak-kanak terbabit dipercayai berada di luar bangunan pusat tuisyen di kawasan itu.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu hasil laporan polis yang dibuat bapa mangsa.

“Ketika berada di Taman Mount Austin, di sini, pengadu memaklumkan anak perempuannya berumur tujuh tahun telah didatangi seorang wanita yang disyaki kurang siuman.

“Wanita itu telah mencucuk anak perempuan pengadu menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan, kemudian melarikan diri.

“Suspek yang tidak dikenali itu dipercayai kurang waras. Polis sedang mencari suspek yang masih belum dikesan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here